Sunday, March 9, 2008

Kenny Rogers Roasters

Haruman pagi ini amat memberangsangkan.

Penyaksian sebuah temasya semalaman yang melarut sehingga subuh ini meninggalkan aku dengan deria yang tidak seberapa. Namun, jiwaku masih terang...dan tenang. Aku dapat merasakan perbedaan pagi ini. Seindah biasanya, mungkin. Atau lebih dari itu?

Melihat sinaran suria pagi ini, terukir sebuah harapan yang direstui.
Aku tersenyum.


Apa gunanya hari yang penuh bermakna ini jika tidak dikongsi bersama sahabat-sahabat karibku? Pemilihan makanan tidak lagi berapa penting hari ini. Pemilihan sebenar telah dibuat.

Kami berkeputusan untuk berkunjung ke Kenny Rogers Roasters. Kesunyian dan keselesaan restoran ini amat sesuai bagi kita untuk mengulas kematangan tayangan hidup semalam.

Kenny's Quarter (RM14.90) terdiri daripada sesuku potongan ayam panggang yang dialas dengan sos lada hitam, 3 jenis pilihan sajian sampingan (salad tomato/timun/bawang, coleslaw dan keju/makaroni) dan pencuci mulut. Kurang menarik. Begitulah gambaran yang dapat diberikan mengenai ayam panggang di sini. Namun, kulitnya patut dipuji kerana cukup berperisa dan ranggup. Sosnya pula agak tawar. Tetapi, apa yang menjadi tumpuan kebanyakan pengunjung di sini adalah kepelbagaian pilihan sajian sampingannya. Coleslaw yang terdiri daripada cebisan kobis, lobak dan bawang dan dibanjiri sos masam/manis yang agak berlemak menjadi kesukaan penulis ini. Keju/makaroni dan salad merupakan cubaan pertama. Agak berperisa. Cubaan yang tidak sia-sia. Tak rugi kita mencuba, bukan?

Pencuci mulut terdiri daripada Kenny's Home-made Muffin dan perisa pisang/bjii kismis menjadi pilihan. Cukup manis dan teksturnya pula tidak berketul-ketul. Kerinduan pada muffin perisa jagung masih dirasai.

Di dalam keadaan yang begitu aman pada hari ini, kami juga sempat menonton 10,000 BC yang cuba membawa mesej yang agak bermotivasi (dan sesuai dengan situasi kini). Namun, sesetengah adegan masih menjadi bahan ketawa kami.

Sememangnya makanan dan cerita hari ini kurang menarik. Seperti kesunyian jalan-jalan yang dirasai...pada hari ini. Tetapi apa yang dijanjikan pada masa hadapan adalah sebuah harapan. Harapan yang boleh memimpin kita ke arah kecemerlangan hidup. Dan jangan kita lupa bahawa kepimpinan itu cuma pendorong dan kewarasan serta kematangan minda masih menentukan arah tujuan hidup kita.

Untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini, sila layari halaman berikut:
http://www.krr.com.my/

* The above post was written in Bahasa Malaysia to commemorate the significance of the 12th Malaysian General Elections held on the 8th of March 2008.

27 comments:

♥ ♡ Alvin ♡ ♥ said...

wah taukeh! Aku ingat you punya english best saja tapi sekarang BM pun begitu best ka~ kasi sikit untuk cari makan ler~ haha!

Big Boys Oven said...

taukeh! you so fasih in BM! I like your pictures, chicken looks better than the chic, but I prefer the chic than the roasted chicken. lol!

"Joe" who is constantly craving said...

saya tak pandai baca dan cakap bahasa melayu la. macam mana? tetapi saya tahu kenny rogers la.

Camemberu said...

Whuah, power BM, boy! :D Rupanya karyawan yang canggih sekali! Thanks! I enjoyed reading this, as with all your creative posts!

Ling's Passion said...

Wah..powDERfulnya BM you. How come your pix looks tastier than the really thing? This is one trick I need to learn.....

tomato said...

Nice entry in BM! really enjoy it

fatboybakes said...

hai, nak tunjuk yang hang ni cunning linguist ka?
pening aku baca...dah lama tak karangan melayu, selain surat rasmi dari LHDN.

Jason said...

Fuyoh, sejak bila begitu ber-patriotik ah? :P

Kalau padankan karanganmu dengan sajian tempatan, lagi best!

KampungboyCitygal said...

sudah bertahun tahun tidak makan kenny rogers dah..bila mau tulis dalam karya puisi bahasa melayu?

Imbi & Itchy said...

wahhhhh .. hang ni terraaaaaa daaaa, nyaris-nyaris tak kenai oiiii. syabas-syabas pemuda pemudi skarang ni, dah lah fasih inglis, fasih bahasa kita juga ye ... malaysian bolehhhh!

JOjo said...

Wah! Betual kuat you punya Bahasa, walaupun sudah kerja di Singapura untuk beberapa tahun.
Tapi dah lama tak baca bahasa, ambil sedikit masa untuk "digest" semua itu lah.
Daripada komen saya, you sudah tahu bahawa saya dah lupa "digest" dalam bahasa *pening kepalaku*

Hazza said...

Sudah lebih daripada 20 tahun saya tak guna BM, tapi masih faham lu punya blog! But I thought "pencuci mulut" was going to mean mouth freshener, until you mentioned the muffins! I have often seen the chickens bening spit roasted in these restaurants but never tried them. Believe it or not, I thought they were too expensive! In UK supermarkets like Tesco, they have similar spit roasted chickens and you can buy a whole one for around ukp3!

ai wei said...

wow! BM this time. nice one. their muffin always nice. love the choco one. another creative post e!~

Nic (KHKL) said...

alvin: wah taukeh, ini maciam punya BM susah mau cari makan...saya shiok sendiri saja lar..haha...

bigboysoven: thanks...hehe...aiyoh, too many choices lar...that's why we have so much confusion, i guess..hehe

joe: aiyah, kita semua ada belajar ini bahasa punya lar...kena belajar 12 tahun hor...hehe...selalu lepas tusyen, makan kenny rogers lar..hehe

camemberu: wah, terima kasih atas pujian anda *malu*... i hope you enjoyed reading the posts, though they can be self-indulging sometimes :)

ling's passion: aiyoh, i blushing lar...yupe, i think sometimes pics look tastier than the real thing too...perhaps i should make the yucky ones sepia or monochrome next time...haha!

tomato: a cute name you have! i am glad you enjoyed the post. and thanks for stopping by! quite an interesting job you have!

fatboybakes: maafkan saya, encik. saya mana berani menunjuk-nunjuk...aksi monyet saya ada lar...hehe...karangan terakhir saya ditulis pada tahun 2002 di balai polis, saya rasa.

jason: saya pulang minggu lepas semata-mata untuk mengundi lar :)
oh, idea yang baik sekali! ok, saya kena pergi makan masakan tradisional Melayu already ;>

kampungboycitygal: ya, saya jugak sudah lama tak makan (sebelum ahad lepas)...wah, puisi BM...hmmm, idea yang menarik. *AKAN DATANG* hehehe...

lianne: kadang-kadang, gua sendiri jugak tarak kenai siape gua...haha...tapi sekarang gua memang 100% setuju sama lu lar...Malaysia memang boleh! :)

jojo: "digest" boleh disebut sebagai menghadam ataupun mencerna. lepas universiti, saya juga tidak sering lagi menggunakan BM, terutamanya di Singapura.

hazza: wah, bagus lah...cintai bahasa, cintai negara...fuyoh! pencuci mulut actually means desserts, i think. but of course manisan would have been even more accurate. i agree with you...at carrefour, we can get a whole roasted bird for less than RM15, i think. wide selection of flavours to choose from somemore! kenny's getting expensive these days...perhaps it's the ceramic dish. muffin's getting smaller too!

ai wei: glad you liked it! a special post for a special occasion :) i miss the corn muffin lar...it made me fall in love with this place, not the chicken..hehe...

Simon Seow said...

Aku ingat aku tersalah masuk blog lain orang. Sekarang mula tulis puisi pula.

Makan pagi, kais petang,
Makan petang, kais malam,
Kenny Rogers dengan kentang,
Aku lebih suka makan ulam.

team bsg said...

we love their muffins at certain outlets esp the one in gentings but do no find their special chicks hot enough tho ! and we always notice they are popular with the Malay crowd ( mungkin dia itu punya lagu misai tersangat bakared ?)

~Christine~Leng said...

BM ku telah pun terjerumus ke arah yang tidak boleh dikenalpastikan sejak Form 5 ;P
Tak tahu sudah berapa lamakah aku tak baca BM...
Karya bagus!!
I wanna read puisi and pantun next! ;P

mimi said...

semua orang beri komen dalam BM, aku mestilah mau ikut lah!!! Saya suka mereka punya nasi dan macaroni keju, pencuci mulut- muffin juga satu makanan yang tidak boleh dilepaskan :)

Tummythoz said...

Huh? *Dusting Kamus DBP*. Sememangnya Nik ni jiwang berlimpah-limpah. Sekian terima kasih *Put Kamus back to balance foot of table*

Xiu Long Bao said...

Sama dengan saya, kali terakhir saya tulis karangan was Januari tahun ini dalam balai polis. Jangan gelak dulu, bukan wa punya salah ok.

Bernsy said...

wa taukeh , lu manyak panai tulis bahasa malayu la... wa manyak tabib sama lu.

so bila taukeh mau tulis karangan belog dalam bahasa cina pula ?

wakakakaka

Nic (KHKL) said...

simon seow: wah, sekarang, semua orang pun suka berpantun…bagus, bagus. Ok lar, nanti saya pun mahu buat satu cerita khas dalam pantun..*akan datang*..hehe

team bsg: yeah, for hot chicks, must go to the peri-peri one. Even that is not hot enough, right? Hehe…I love the old corn muffin. That was da bomb! Not terbakared one..hehe…

christine: haha, sama lar! Tapi saya ada guna lagi masa di universiti….lepas itu, saya jingle all the way with English already..hehe…puisi and pantun will be challenge lar…*akan dating*..hehe

mimi: ya, ya! saya juga amat mengemari nasi liar (wild rice) nyer…hehe…tapi hari itu saya nak cuba benda baru. Memang bestkan, muffin dia? Ahh….

tummythoz: Memang betul! Wa punya jiwang kadang-kadang boleh menggila-gila..hehe..balancing ar??? Wah, your table so teruk ar? The kamus is very thick one leh.. hehe…

xiu long bao: aiyoh, kesian nyer..tak apa lar, di sini, kamu cakap, polis akan tulis. Lebih senang. Lagipun, di sini, tak ada kereta, jadi, lebih selamat and senang. Tapi mrt kena tahu lar…hehehe…

bernsy: wah, taukeh…manyak-manyak terima kasih lah…saya ini budak selalu suka syiok sendiri punya lar..haha! belog bahasa cina kah? Wah, satu ayat pun saya jugak pening oh…haha…

ling239 said...

erm..... @_@

so next post in Mandarin ? ^_^

ekeng said...

abang,saya suka makan ayam panggang di Kenny Rogers..Saya baru tengok wayang 10,000 BC..Memang boleh tahan la ;p

Nic (KHKL) said...

ling239: hehe...mandarin? very difficult for me lah cos i don't really know much chinese...*sigh*..maybe will try a few sentences next time ;>

ekeng: saya suka coleslaw dan muffin!! 10,000 BC saya rasa kelakar lar, especially ending dia..hehehe..wah, lama tak ada jumpa, holiday kah? hehe...

wenching & esiong said...

Wah, kami tidak boleh percaya kamu boleh tulis post dengan BM! Fasihnya bahasa kamu! :) Kami belum cuba muffin Kenny Rogers, kena cuba la!

Nic (KHKL) said...

wenching & esiong, hehe..saya selalu suka shiok sendiri punya..haha! dulu, muffin kat sini best..sekarang dah jadi kecik sangat...